PERANAN DAN SUMBANGAN USIA BAKAL DIBUKUKAN

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ editor

KOTA KINABALU (23 JUN): Peranan dan sumbangan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) di negeri ini bakal dibukukan.

Yang DiPertua USIA Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berkata kajian mengenai peranan dan sumbangan USIA dalam perkembangan Islam di negeri ini dilakukan oleh Universiti Malaya.s

“Kita memberikan sokongan atas usaha itu dan ia amat bermanfaat khususnya kepada generasi muda,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat mengenai status perkembangan kajian yang bertajuk ‘USIA Dalam Lensa Sejarah: Sebuah Antologi Visual Perjuangan dan Pembugaran Islam Sabah (1969 – 2024) di sini baru-baru ini.

Sapawi berkata kajian itu adalah hasil kolaborasi USIA dengan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya yang diselaras oleh Dr Selamat Amir sebagai ketua penyelidik.

Beliau berkata projek itu telah meraih Anugerah Gangsa (Bronze Award) dalam pertandingan Poster Antarabangsa (IPC 2025) sempena Minggu Terbuka Akademik APIUM (MITA 25) sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan penyelidikan dalam pembangunan wacana Islam di Sabah.

Share This Article