24 PELAJAR KARAMUNTING TERIMA SUMBANGAN PENDIDIKAN

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Jalie Mohamad

SANDAKAN: 5 Julai – Seramai 24 pelajar lepasan sekolah dari kawasan Karamunting menerima sumbangan pendidikan

Sumbangan itu daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, YB Datuk George Hiew Vun Zin.

Wakil rakyat itu berkata ia merupakan sokongan untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Menurut YB George, sumbangan ini bertujuan meringankan beban kewangan keluarga pelajar serta memberi dorongan moral kepada mereka untuk terus mengejar cita-cita.


“Setiap tahun, saya akan pastikan program ini diteruskan kerana pendidikan adalah kunci masa depan anak-anak Karamunting,” katanya semasa majlis penyerahan di pejabat perkhidmatan ADUN Karamunting kelmarin.

Beliau turut menyatakan harapan agar pelajar-pelajar ini akan kembali menyumbang kepada pembangunan kawasan apabila berjaya kelak.

Majlis penyerahan turut disaksikan oleh ibu bapa dan ahli keluarga pelajar-pelajar terbabit.

Tamat

Share This Article