PELAJAR YANG DILAPOR HILANG KETIKA HIKING DITEMUI SELAMAT

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN: 30 Mei – Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD), melaporkan tiga pelajar yang dilaporkan hilang ketika aktiviti hiking di Jalan Sibuga telah ditemui pada jam 10.20 malam tadi.

ketiga-tiga mangsa yang berusia 23 hingga 27 tahun itu, ditemui oleh pasukan penyelamat yang melancarkan operasi SAR di kawasan lokasi kejadian di kawasan hutan simpan MT Walker.

Berdasarkan laporan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sandakan yang dibuat pada pukul 6 petang tadi mengenai kehilangan ketiga-tiga pelajar dan semua anggota PKOD telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

kesemua mangsa dalam keadaan selamat.

Tamat

Share This Article