KETUA PENGARAH JPN TINJAU PERKHIDMATAN DI SEMPORNA DAN TAWAU

sabahheadlines
1 Min Read

SEMPORNA, 10 APRIL – Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Badrul Hisham Alias mengadakan lawatan kerja ke daerah Semporna dengan menghadiri Program Hari Bertemu Pelanggan yang berlangsung kelmarin.

Program berkenaan turut disertai Pengarah JPN Sabah, Farid H. Askali Ibrahim yang mengiringi beliau sepanjang lawatan bagi menilai secara langsung mutu penyampaian perkhidmatan kepada penduduk setempat.

Dalam rangka lawatan itu, Ketua Pengarah berkesempatan berinteraksi dengan orang ramai serta mendengar sendiri maklum balas berkaitan urusan dokumentasi dan perkhidmatan jabatan.

Lawatan kerja berkenaan diteruskan hari ini ke Tawau, melibatkan kunjungan ke Pejabat JPN Daerah Tawau dan JPN UTC Cawangan Tawau bagi meninjau operasi harian serta kecekapan perkhidmatan di kedua-dua premis berkenaan.

Melalui pendekatan turun padang ini JPN menegaskan komitmennya untuk terus memperkukuh hubungan dengan masyarakat selain memastikan setiap isu yang dibangkitkan dapat ditangani secara proaktif.

Usaha berterusan itu juga selaras dengan matlamat jabatan dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif, inklusif dan mesra rakyat di seluruh negara.

Share This Article