YB Suhaimi sedang berbincang dengan pihak pengurusan dan penghuni berkaitan isu bekalan airdi Taman Perumahan pada lawatan beliau ke taman berkenaan kelmarin.
sh@ Aleeya Villiamon
SANDAKAN: 6 Julai – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir memberi tempoh 24 jam untuk selesaikan isu bekalan air bersih di Taman Permata batu 8 yang terjejas teruk sejak sepuluh hari lepas.
Berikutan aduan penghuni flat berkenaan, Suhaimi telah menyerahkan satu petisyen berhubung isu bekalan tersebut
“Saya menyeru kepada pihak pengurusan sekarang ini untuk mencari penyelesaian terdekat dan kalau boleh dalam tempoh 48 jam ini mereka dapat menyelesaikan isu-isu ini,”katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan penduduk yang berdepan ketiadaan air di taman berkenaan.
Katanya pihak pengurusan Taman Permata, Batu 8 di Sandakan perlu mencari penyelesaian mengenai isu gangguan bekalan air dalam tempoh 48 jam ekoran aduan penduduk yang mendakwa terjejas lebih 10 hari tanpa bekalan air bersih.
Beliau memaklumkan masalah ini melibatkan sekitar 1, 440unit kediaman dengan kira-kira 4,000 penduduk termasuk keluarga yang mempunyai anak kecil, warga emas serta golongan kurang upaya (OKU).
Pada masa yang sama, beliau bersama penduduk yang membuat bantahan telah menyerahkan satu petisyen rasmi kepada pihak pengurusan taman perumahan berkenaan.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Manila, Mokran Ingkat, Adun Elopura, Calvin Chong.
Dalam pada itu, beliau juga telah menyampaikan sumbangan air mineral kepada penduduk terjejas sebagai keprihatinan segera.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan bahawa akan terus memantau dan mempastikan isu ini diselesaikan segera.
Katanya, hak rakyat untuk mendapatkan bekalan air bersih tidak boleh dinafikan memandangkan ia adalah satu keperluan asas.
Suhaimi berkata dia mengambil pendekatan untuk bertemu dengan pihak pengurusan perumahan berkenaan dan membincangkan pelbagai perkara setelah mengetahui bahawa isu yang sangat mendesak apabila sudah lebih 10 hari terjejas akibat permasalahan tersebut.
Tamat
