OPS SAMSENG JALANAN- 3 MOTOSIKAL DISITA, 12 SAMAN

sabahheadlines
1 Min Read

OLEH-SYARMILLAH SALLEH

LAHAD DATU: (18 Mei) Polis Lahad Datu terus menggandakan usaha dalam membanteras kegiatan samseng jalanan menerusi Operasi Samseng Jalanan yang dijalankan bermula jam 9.00 malam hingga 4.45 pagi semalam.

Antara kawasan panas yang menjadi fokus ialah Jalan Pan Borneo, Bandar Fajar, Bandar Sri Perdana dan Jalan Airport.

Operasi bersepadu itu melibatkan seramai lapan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) IPD Lahad Datu.

Dalam operasi itu sebanyak 12 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik termasuk tiada lesen memandu, tiada cermin sisi, ubah suai ekzos, dan melanggar lampu isyarat merah.

Selain itu, tiga buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut memeriksa 42 individu dan 30 buah kenderaan, serta menjalankan 15 sesi advokasi keselamatan jalan raya kepada pengguna.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan kelakuan samseng jalanan yang boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan secara konsisten demi keselamatan bersama. Kami menyeru orang awam agar terus mematuhi peraturan jalan raya dan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan samseng jalanan kepada pihak polis.

Tamat

Share This Article