JALIE MOHAMAD
SANDAKAN (10 MEI): Tindakan akan diambil bagi mengatasi masalah pembentungan kronik di Bandar Ramai-Ramai, Karamunting di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting Datuk George Hiew Vu. Zin berkata sistem pembentungan yang tidak pernah dinaiktaraf serta longkang yang tersumbat merupakan punca utama masalah itu berlaku.
Masalah itu, penduduk membuat penyambungan saluran najis rumah terus ke longkang.
Akibatnya kawasan tersebut dicemari dengan pelbagai kotoran selain berbau busuk.
“Ia bukan sekadar isu tentang langkah yang diambil oleh penduduk tetapi ia mencerminkan kelemahan infrastructure asas yang telah lama diabaikan dan tidak diselenggara,” katanya ketika ditemui selepas meninjau di lokasi tersebut.
Beliau bersana-sama pegawai Jabatan Perkhidmatan Pembentungan membuat tinjauan di lokasi itu bagi mengenalpasti punca masalah tersebut.
George berkata pihaknya akan bekerjasama dengan pihak jabatan pembentungan dan agensi berkaitan untuk membantu menyelesaikan masalah terbabit.
“Kita tidak boleh hanya menyalahkan penduduk …apa yang berlaku adalah sistem yang sudah lama dan tidak sesuai lagi dengan keperluan semasa,” katanya.
Beliau memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah akan mengambil langkah segera untuk menyambungkan sistem pembetungan ke tangki septik, bagi mengelakkan pencemaran terus ke dalam longkang terbuka.
“Kita perlukan penyelesaian jangka panjang yang mampan, bukan hanya pembaikan bersifat sementara.
“Ini menuntut kerjasama semua pihak termasuk komuniti setempat,” tambah beliau.
