TAWAU: 27 April- Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandu terbabas Dan merempuh sebuah tiang elektrik di Jalan Yamamoto di sini, pada ahad.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian itu berlaku kira- kira jam 5 pagi Dan mangsa memandu seorang diri dari arah bandar Tawau menuju ke rumahnya di Kampung Hilltop.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5 pagi, mangsa berumur 32 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, siasatan awal mendapati mangsa memandu seorang diri dari arah bandar Tawau menuju ke rumahnya di Kampung Hilltop.
Beliau berkata, mangsa dipercayai telah memandu dengan laju dan
setiba di lokasi kejadian mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan Jalan, katanya.
“Motokar mangsa kemudiannya terseret sejauh 50 meter dan melanggar sebuah tiang elektrik,” katanya dalam kenyataan media, pada Ahad.
Jasmin berkata, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa melalui cermin belakang kereta yang telah pecah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Tawau.
Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
TAMAT
