SABAH HEADLINES
17 MAC 2025
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama ( TYT),Dipertua Negeri Sabah,Tun Dr Musa Haji Aman bersama Toh Puan Seri Panglima Faridah Tusin menghadiri Majlis Sambutan Istiqbal Nuzul Al-Quran Perdana Peringkat Negeri Sabah tahun 1446H/2025M, di Masjid Negeri Sabah pada malam tadi.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor bersama isteri dan beberapa menteri juga Pembantu menteri turut serta dalam majlis berkenaan.
Di Majlis itu Tun Dr Musa Haji Aman menyerahkan sumbangan tunai kepada golongan Asnaf sekitar kawasan Kota Kinabalu.
Selepas menunaikan solat Fardhu Isyak dan solat sunat tarawih, Tun Dr Musa Haji Aman dan para hadirin menghayati sumbangan gema wahyu Ilahi oleh seorang Qari jemputan dari Indonesia, Ustaz Wahyu Andi Saputra.
Sementara itu ceramah khas Nuzul Al Quran disampaikan oleh Ustaz Zul Ramli bin M. Razali dari Kuala Lumpur. Walaupun verandah itu ringkad tetapi sangat berkesan terutama dalam meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya mendalami pendidikan Al-Quran.
