WANITA CEDERA TERJATUH DALAM LONGKANG DI WISMA PERSEKUTUAN SANDAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 27 Januari : Seorang wanita cedera selepas terjatuh ke dalam sebuah longkang dalam kejadian di kawasan Wisma Persekutuan, Batu 7.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan memaklumkan, mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh singkat menggunakan peralatan khas sebelum diberikan rawatan awal di lokasi kejadian.

Menurut APM, mangsa berada dalam keadaan stabil namun mengadu sakit di bahagian belakang badan serta mengalami kecederaan pada buku lali kanan, sebelum dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

TAMAT

Share This Article