RDC Lahad Datu Diharap Dapat Menjadi Pusat Kecemerlangan Inovasi

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

17 MAC 2025

LAHAD DATU: Kementerian Sains Teknologi Dan inovasi ( MOSTI) telah melancarkan Ruang Daya Cipta( RDC) Lahad Datu sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan penggunaan Sains ,Teknologi ,Inovasi Dan Ekonomi ( STIE) dalam kalangan komuniti luar bandar.

CEO Ysyasan Inovasi Malaysia ( YIM) Dr Sharmilah Mohamed Salleh berkata,sehingga kini sebanyak 20 RDC telah dibangunkan di seluruh termasuk empat di Sabah.

RDC Lahad Datu,Sabah telah siap dibina pada Disember 2024 dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan serta aplikasi Teknologi STIE termasuk computer,mesin pencetak 3D,set studio digital dan lain-lain bagi memenuhi keperluan komuniti setempat.

Sehingga kini katanya,sebanyak.482 modul telah dijalankan yang melibatkan 11 ribu orang peserta.

“Jadi setakat ini memang ada 20 dan akan ada lagi 3 yang sedang dalam pembikinan dan seterusnya juga kita memohon dengan pihak kerajaan juga untuk mendapatkan 10 lagi peruntukan untuk 10 buah RDC lagi.

Jadi kalau ikutkan daripada peringkat asalnya, kita mensasarkan 222 parlimenteri dapat setiap RDC…,katanya.

Sementara itu,Timbalan Menteri MOSTI,Datuk Mohd Yusuf,berkata, MOSTI melalui YIM akan terus menyokong usaha ini dengan memperkukuhkan jaringan antara kerajaan ,akademia, Industri dan komuniti dengan memastikan RDC terus berperanan sebagai hab inovasi yang mampan.

Share This Article