Editor @sabahheadlines
PAITAN (20 MEI): Sugut mampu menyumbangkan kerusi kepada Gagasan Rakyat Sabah pada pilihan raya – PRN 17 negeri akan datang.
Keyakinan itu diluahkan oleh Datuk Isnin Haji Aliasnih berasaskan usaha yang dilakukan oleh ADUN Sugut, Datuk James Ratib ketika ini.
Berucap pada pertemuan dengan ketua ketua adat Sugut di sini hari ini, Isnin yang merupakan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata James sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat di kawasan itu.
” Beliau ( James) telah dan akan berusaha membangunkan ekonomi rakyat dan pembangunan untuk kawasan itu.
” Saya yakin Sugut bukan sahaja mampu kita kekalkan tetapi juga menjadi penyumbangan bilangan kerusi DUN untuk GRS,” katanya lagi.
Sehubungan dengan itu Isnin mahu pemimpin masyarakat terutama ketua adat serta ketua kampung berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.
” Laksanakan tanggungjawab dengan baik dan beri perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya lagi.
Menurutnya kerajaan pada ketika ini iaitu kerajaan GRS telah berjaya meningkatkan kemajuan dan pembangunan negeri ini untuk rakyat.
“Kerajaan GRS telah melakukan yang terbaik untjk rakyat dan akan berusaha dengan sebaik mungkin ” katanya lagi
Tamat
