UMNO Tidak Lenyap Dari Bumi Sabah

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

23 FEBRUARI 2025

TAWAU: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah,Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata Parti UMNO bukan parti “cap ayam”malah tiada siapa yang boleh melenyapkan parti itu dari bumi Sabah sampai bila- bila.

Sepanjang 34 UMNO di Sabah katanya, pelbagai rintangan dan cabaran telah dilalui termasuk bekas pemimpin – pemimpin UMNO sendiri cuba menjauhkan parti itu.

Namun beliau yakin dengan berlandaskan hati yang ikhlas dalam perjuangan ,UMNO akan bertahan selamanya.

” Percayalah parti yang dibina atas landasan dari hati yang ikhlas dengan bertawakal kepada Allah ..InsyaAllah UMNO akan bertahan di bumi bertuah ini, katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Ulangtahun UMNO Sabah ke 34 di Tawau pada petang ahad.

” Macam- macam rintangan, macam- macam cubaan..UMNO bukan parti cincai..UMNO bukan Parti sifir dua.. UMNO bukan parti cap ayam..UMNO berjuang demi rakyat,demi negara..demi agama..jangan main- main dengan Kita,katanya.

Share This Article