“TERASA MACAM DIBUAI SEKEJAP” – PENDUDUK LAHAD DATU RASAI GEGARAN GEMPA

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 6 OKT — Penduduk di beberapa kawasan di Lahad Datu dilaporkan merasai gegaran susulan kejadian gempa bumi bermagnitud 5.1 yang berlaku sekitar jam 9.11 malam tadi.

Beberapa penduduk di kawasan perumahan Taman Aman Jaya,Taman Aman tiga,Taman Pertama satu,Taman Aman1 Dan kawasan berek polis merasai gegaran dalam tempoh singkat dan pada awalnya menyangka ia hanya pergerakan biasa sebelum menyedari berlaku gegaran.

«“Terasa macam dibuat sekejap… rupanya gegaran kecil. Memang terasa sekejap tadi,” kata salah seorang penghuni Taman Aman 1 yang dihubungi sebentar tadi.

Menurutnya, gegaran itu tidak berlarutan dan setakat ini tiada kejadian tidak diingini atau kerosakan dilaporkan di kawasan perumahan berkenaan.

Kejadian itu turut mencetuskan perhatian penduduk yang berada di kediaman masing-masing ketika gegaran berlaku terutama selepas menyedari pergerakan kecil pada bangunan dan barangan di dalam rumah.

Orang ramai dinasihatkan supaya kekal tenang dan mendapatkan maklumat berkaitan gempa bumi daripada sumber rasmi, khususnya Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sekiranya berlaku gegaran susulan.

Share This Article