SANDAKAN,22 SEPT – Tanggungjawab terhadap pembangunan alam sekitar mendorong Kumpulan Sawit Kinabalu menceburi ekopelancongan.
Pengerusinya, Datuk Haji Hazem Mubarak Musa berkata, penyertaan itu berasaskan potensi menerusi alam sekitar.
Beliau memberitahu, SKG telah menubuhkan SK Green Services & Tours untuk potensi itu.
“Kita bukan hanya memberi peluang melihat dan menikmati keindahan alam sekitar tetapi juga untuk mengajak orang ramai memahami alam sekitar,” katanya pada sambutan Hari Alam Sekitar di Sungai Pin Conservation Area Kinabatangan dekat sini hari ini.
Teks ucapan beliau disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah SKG, Datuk Zakaria Edris.
Hazem berkata, SKG akan terus memainkan peranannya terhadap pembangunan alam sekitar.
Menurutnya, usaha itu telah dilakukan sejak tiga dekad dan berterusan sehingga ke hari ini.
Katanya, SKG bukan sekadar menanam pokok tetapi juga memulihara dan menjaga alam sekitar di kawasan itu.
Oleh: Sham Ulah dan Aleya Villiamon
