JALAN SILAM DINAIKI AIR, LALUAN LAHAD DATU –TAWAU TERJEJAS

sabahheadlines
2 Min Read

LAHAD DATU,16 SEPT – Berpuluh-puluh kenderaan terkandas selepas Jalan Silam di Kilometer 13 dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan hari ini.

Hujan yang turun kurang sejam menyebabkan air melimpah dan membanjiri kawasan rendah sekali gus menjejaskan laluan utama menghubungkan Lahad Datu ke Tawau.

Keadaan itu menyebabkan kenderaan kecil tidak dapat melalui kawasan berkenaan manakala kenderaan pacuan empat roda masih boleh meneruskan perjalanan.

Dalam perkembangan berkaitan, jambatan yang menghubungkan laluan Lahad Datu–Tawau di Kunak dilaporkan turut terputus menyebabkan perjalanan antara kedua-dua daerah berkenaan terjejas.

Paras air juga dijangka terus meningkat berikutan hujan masih turun dengan lebat di beberapa kawasan.

Terdahulu Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir membabitkan sebahagian besar kawasan di Sabah dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berterusan sehingga jam 6 petang hari ini.

METMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 4 petang berkata, kawasan terlibat meliputi beberapa daerah di Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Pantai Barat serta Kudat.Turut terlibat ialah Kalabakan, Tawau, Kunak dan Lahad Datu di bahagian Tawau serta Kinabatangan, Paitan dan Labuk & Sugut di Sandakan,” menurut kenyataan itu.

Bagi Pantai Barat, amaran berkenaan melibatkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, selain Kudat..Foto sumber orang awam

Share This Article