MESYUARAT JAWATANKUASA TINDAKAN PEMBANGUNAN DAERAH SANDAKAN BINCANG PROJEK STRATEGIK

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 29 JULAI – Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Sandakan berlangsung di Dewan Persidangan Libaran, Wisma Perbandaran Sandakan dengan menghimpunkan wakil pelbagai jabatan dan agensi kerajaan bagi membincangkan hala tuju pembangunan daerah.

Antara agenda utama ialah perkembangan projek pembangunan daerah, pelabuhan dan perdagangan serta taklimat Projek Sandakan Gas Development Plan (SGDP) yang disampaikan oleh PETRONAS.

Mesyuarat turut disertai wakil Sawit Kinabalu dan agensi berkaitan sebagai platform memperkukuh kerjasama antara jabatan dalam memastikan pelaksanaan projek-projek strategik berjalan lancar demi memacu pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di daerah Sandakan- oleh Jalie Mohamad

Share This Article