SANDAKAN, 20 JUN- Sebuah kontena yang dibawa lori dilaporkan terjatuh di jalan raya berhampiran bekas Panggung Wayang Rex atau bersebelah dengan padang bandaran Sandakan di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.
Kejadian itu menyebabkan gangguan kepada aliran trafik di kawasan berkenaan dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika melalui lokasi tersebut.
Setakat ini, tiada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda diterima.
