SANDAKAN, 31 OGOS – Sejarah perjuangan mencapai kemerdekaan bukan hanya perlu disyukuri tetapi wajar sentiasa diingat.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila, Datuk Haji Hazem Mubarak Tun Musa berkata bukan mudah untuk mencapai kemerdekaan.
“Kita bersyukur kerana kita telah mencapai kemerdekaan tetapi kita juga harus sentiasa ingat akan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan,” katanya di sini.
Beliau berkata, generasi muda khususnya wajar untuk mengingati sejarah perjuangan itu.
Sambil mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan dan Hari Sabah, Hazem berkata, keharmonian yang telah dinikmati diharap berpanjangan.
“Kita menikmati keharmonian dan berharap ianya berpanjangan,” katanya lagi.
Terdahulu, Hazem mengadakan pertemuan bersama pengamal media di Sandakan bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh kerjasama antara wakil rakyat dan pengamal media.
Pada pertemuan itu, beliau turut menyampaikan sumbangan penajaan kepada pihak media sebagai tanda sokongan terhadap peranan mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
