DUA LELAKI DIREMAN DISYAKI MEMILIKI PETROL TANPA KEBENARAN

sabahheadlines
1 Min Read

SEMPORNA, 15 MEI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Semporna menahan dua lelaki tanpa dokumen pengenalan diri kerana disyaki memiliki 200 liter petrol tanpa kebenaran dalam Ops Tiris 4.0 (Bersepadu), baru-baru ini.

Kes berkenaan diserahkan oleh Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kunak kepada KPDN untuk tindakan lanjut.

Turut dirampas sebuah bot kayu berwarna biru dan enjin sangkut Yamaha Enduro 40 kuasa kuda (HP). Nilai rampasan barang kawalan dianggarkan RM774 manakala barang bukan kawalan bernilai RM1,500.

KPDN Semporna berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan kedua-dua suspek kini direman bagi membantu siasatan.

Menurutnya, pihak yang didapati melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun bagi individu manakala syarikat boleh didenda sehingga RM2 juta jika sabit kesalahan.

Share This Article