KOTA BELUD, 14 MEI : Program Inisiatif Penghijauan Lestari (i-PLANT) anjuran Majlis Daerah Kota Belud berlangsung meriah di Kampung Kawa-Kawa Pantai Emas, hari ini.
Program yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri, Fairuz Renddan dengan penglibatan pelbagai agensi serta komuniti setempat.
Inisiatif berkenaan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar menerusi aktiviti penghijauan dan penanaman pokok.
Kehadiran orang ramai mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memelihara kelestarian alam sekitar di daerah itu.
Program berkenaan berlangsung lancar dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.
