BATU SAPI, 14 Mac : Seramai 275 ketua isi rumah daripada golongan berpendapatan rendah menerima sumbangan bakul makanan yang disalurkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, dalam satu program kebajikan yang diadakan di beberapa kawasan di daerah ini.
Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi, Tuan Ajak Haji Sadikal, yang mewakili Datuk Khairul Firdaus dalam program penyerahan bantuan tersebut.
Program agihan bantuan itu melibatkan tiga kawasan utama iaitu Bandar Leila, Bandar Ramai-Ramai dan Tanah Merah, dengan keutamaan diberikan kepada keluarga daripada kategori B40 yang memerlukan.
Menurut pihak penganjur, inisiatif berkenaan bertujuan membantu meringankan beban perbelanjaan harian penerima, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos barangan keperluan dapur.
Diharapkan sumbangan yang disalurkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga terlibat serta membantu mereka meneruskan kehidupan seharian dengan lebih baik.
TAMAT
