Petugas Frontliners Menerima Sumbangan Aidilfitri

khaiz
1 Min Read

PETUGAS FRONTLINERS MENERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI- KM SABAH.

KOTA KINABALU : 18 Mac – Pasukan Keselamatan dan petugas barisan hadapan yang menjalankan tugas menjelang perayaan Aidilfitri menerima penghargaan dari Ketua Menteri Sabah.

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyifatkan sumbangan mereka sangat berharga ketika semua umat islam menjalani ibadah berpuasa dan membuat persiapan menyambut Hari Raya mereka bekerja demi mempastikan keselamatan terjamin.

“Pasukan keselamatan dan pekerja kesihatan terus setia menjalankan tugas mereka demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah,”katanya pada majlis sumbangan Aidilfitri pagi tadi.

Menurut beliau sepanjang bencana seperti banjir dan kebakaran, mereka telah berkhidmat tanpa mengenal lelah untuk menyelamatkan nyawa, menjaga keselamatan kita dan membantu mereka yang terkesan.

Sebagai tanda penghargaan, Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi kerajaan dan badan korporat, memberikan sumbangan sempena Aidilfitri kepada semua frontliners dan petugas kesihatan.

Pengorbanan anda tidak ternilai dan amat dihargai oleh seluruh rakyat Sabah.

Share This Article