SANDAKAN,6 MEI- Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yakin penstrukturan semula parti akan mendapat sokongan.
Sokongan itu bukan sahaja pada peringkat pemuda tetapi daripada bahagian, wanita dan beliawanis, kata pemangku ketuanya, Datuk Azrul Ibrahim.
Bercakap kepada media di sini hari ini, Azrul berkaya, penstrukturan itu akan dibincang pada perhimpunan agung luar biasa parti itu pada 17 Mei ini.
“Pemuda yakin penstrukturan semula parti itu akan doberikan sokongan pada perhimpunan agung luar biasa itu nanti,” katanya.
Beliau berkata, perhimpunan agung luar biasa itu adalah untuk meminda perlembagaan parti.
Penstrukturan itu, katanya, merupakan usaha untuk memperkasakan parti pada peringkat bahagian “dan saya yakin responn yang diberikan adalah positif.”
Mengenai syor keahlian parti secara online, Azrul berkata, ramai generasi muda berminat untuk menyertai parti.
“Kita akan mengemukakan syor itu kepada kepimpinan parti,” katanya lagi.
