KEMUDAHAN ELEKTRIK FASA 1, DI KAMPUNG BONGGAYA BATU SAPI

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 28 APRIL-Pusat Khidmat Parlimen Batu Sapi memaklumkan sebanyak 52 rumah di kawasan Jambatan 1, Kampung Bonggaya kini menikmati bekalan elektrik menerusi pemasangan meter terus oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di bawah pelaksanaan Fasa 1.

Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan merupakan kesinambungan kepada fasa percubaan terdahulu yang melibatkan pemasangan enam unit meter sebagai langkah penilaian awal sebelum diperluaskan kepada lebih ramai penduduk.

Usaha tersebut digerakkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan untuk meningkatkan kemudahan asas di kawasan berkenaan.

Pelaksanaan projek ini dijangka memberi manfaat langsung kepada penduduk setempat sekali gus memastikan mereka mendapat akses bekalan elektrik yang lebih selamat, sah dan stabil.

Share This Article