SABAS TOLAK CADANGAN GABUNG DENGAN KDMR

sabahheadlines
2 Min Read

SANDAKAN, 7 JUN– Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) menolak cadangan untuk bergabung dengan KDMR.

Keputusan sebulat suara itu diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi SABAS, kata presidennya Datuk Juhari Janan di sini hari ini.

“AMT SABAS sebulat suara memutuskan untuk menolak cadangan itu ….keputusan itu dicapai menerusi perbincangan dan penelitian,” katanya.

Naib Presiden KDMR, Datuk James Ratib ketika sambutan Pesta Kaamatan Daerah Paitan, 14 Mei lalu melontarkan cadangan agar SABAS bergabung dengan KDMR.

Pesta Kaamatan itu dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan

Juhari berkata, keputusan tersebut dicapai selepas perbincangan dan penelitian yang teliti oleh kepimpinan tertinggi SABAS bagi memastikan hala tuju perjuangan persatuan terus selaras dengan aspirasi serta serta kepentingan masyarakat Bangsa Sungai di Sabah.kepentingan masyarakat Bangsa Sungai di Sabah.

Beliau berkata, SABAS tidak anti kepada mana-mana suku kaum di Sabah tetapi SABAS sentiasa memelihara hubungan baik dengan mana – mana persatuan yang ada di Sabah.

SABAS juga akan memelihara budaya dan identiti Bangsa Sungai, katanya.

“SABAS akan terus bergerak sebagai sebuah pertubuhan yang bebas dalam memperjuangkan hak, kebajikan dan pembangunan masyarakat Bangsa Sungai,” katanya lagi.

Juhari berkata, pendirian tersebut merupakan suara dan keputusan bersama Ahli Majlis Tertinggi SABAS yang perlu dihormati oleh semua pihak.

Pada masa sama, Juhari menjelaskan bahawa SABAS kini bergabung di bawah Gabungan Muafakat Persatuan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS) dan beliau juga memegang jawatan Timbalan Yang Dipertua (YDP) dalam gabungan berkenaan.

Tambah beliau, SABAS akan terus komited memperkukuh perpaduan masyarakat Bangsa Sungai serta memainkan peranan aktif dalam memperjuangkan kepentingan dan pembangunan komuniti demi kesejahteraan rakyat Sabah.

Share This Article