KANSER KULIT MAKIN MEMBIMBANGKAN,SABAH PERKUKUH KERJASAMA TANGANI ANCAMAN

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,5 JULAI- Kanser kulit kini menjadi isu kesihatan yang semakin membimbangkan.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr William Gotulis berkata, keadaan itu berlaku khususnya di kawasan beriklim tropika termasuklah di Sabah yang terdedah kepada sinaran ultraungu sepanjang tahun.

Oleh itu, katanya, Persidangan Kanser Kulit Sabah membuka ruang dan peluang dalam menangani isu tersebut.

“Persidangan seperti ini menyediakan platform penting untuk bertukar pandangan, brrkongsi pengalaman klinikal serta menyebarkan perkembangan terkini dalam aspek diagnosis, rawatan dan penjagaan rekonstruktif bagi pesakit kanser kulit,” katanya di sini hari ini.

Gotulis berkata demikian pada Persidangan Kanser Kulit Sabah 2026.

Beliau diwakili oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Ridwan Hashim.

Gotulis melahirkan keyakinan persidangan itu akan menjadi pemangkin kepada kerjasama, penyelidikan dan pertukaran ilmu dan menyumbang kepada prningkatan kualitu penjaga pesakit serta hasil rawatan klinikal yang lebih baik.

Beliau turut menegaskan kepentingan pembangunan kapasiti latihan serta perkongsian ilmu dalam kalangan profesional penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa seiring dengan cabaran klinikal dan kemajuan perubatan.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah kekal komited menyokong pelbagai inisiatif yang mampu meningkatka kualiti kebolehcapaian serta kelestarian perkhidmatan kesihatan.

Seramai 180 peserta daripada dalam dan luar negeri menyertai persidangan ini.

Share This Article