KETUA MENTERI HADIRI SAMBUTAN AIDILFITRI PBS DI KOTA KINABALU

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 15 APRIL- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Parti Bersatu Sabah (PBS) yang berlangsung meriah di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, di sini kelmarin..

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Negeri, Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden PBS, serta Presiden PBS, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili bersama barisan kepimpinan kanan parti dan wakil-wakil GRS.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah itu bukan sahaja menyajikan pelbagai juadah Aidilfitri malah turut diisi dengan acara menarik termasuk persembahan gambus, nyanyian dan persembahan khas bagi menghiburkan para tetamu.

Selain itu program turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim sebagai tanda keprihatinan di samping acara simbolik memotong kek sempena sambutan Aidilfitri PBS tahun ini.

Penganjuran majlis berkenaan mencerminkan semangat perpaduan serta kerjasama erat dalam kalangan kepimpinan dan ahli parti selaras dengan usaha memperkukuh keharmonian masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Share This Article