Hazem Tinjau Kawasan Terjejas Banjir di Sungai Manila

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 24 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, YB Haji Hazem Mubarak Musa turun padang meninjau beberapa lokasi yang terjejas akibat banjir susulan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Beliau memulakan lawatan di kawasan Pangkalan Sungai Buaya dengan mengunjungi kediaman penduduk yang dinaiki air, selain menilai tahap kerosakan serta keperluan segera mangsa terlibat. Turut diberi perhatian ialah keadaan jambatan di kawasan berkenaan bagi memastikan aspek keselamatan dan akses penduduk tidak terjejas.

Di kawasan Peringkat Satu, Hazem bukan sahaja menyantuni keluarga terkesan banjir, malah meluangkan masa menziarahi seorang penduduk yang uzur. Lawatan diteruskan ke Peringkat Lima bagi meninjau beberapa lagi rumah yang terjejas.

Selain itu, beliau turut melawat dua kediaman di Kampung Jawa sebelum bergerak ke Pekan Muhibbah untuk melihat sendiri situasi banjir yang menimpa penduduk di kawasan tersebut.

Lawatan berkenaan bertujuan mendapatkan gambaran menyeluruh mengenai impak bencana selain memastikan tindakan susulan dan bantuan dapat diselaraskan dengan lebih berkesan demi kebajikan mangsa.

TAMAT

Share This Article