DUA INDIVIDU POSITIF DADAH DITAHAN DALAM OPS TAPIS DI SANDAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 8 APRIL- Polis menahan dua individu dalam satu operasi khas membanteras dadah yang dijalankan di beberapa lokasi sekitar daerah ini, lewat malam tadi.

Operasi yang digerakkan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan itu menyasarkan kawasan Rancangan Sungai Manila, Batu 12, Kampung Sentosa Batu 10 serta Batu 2½.

Dalam serbuan kira-kira jam 10 malam itu, seorang wanita ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu manakala seorang lelaki pula diberkas kerana dipercayai menyalahgunakan bahan terlarang berkenaan.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Menurut polis, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua suspek kini direman di lokap IPD Sandakan bagi membantu siasatan lanjut.

Operasi berkenaan dilaksanakan selaras komitmen Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman, dalam mempergiat usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah ini.

Share This Article