HAZEM HADIRI MAJLIS KESYUKURAN HARI RAYA AIDILFITRI DI RANAU

sabahheadlines
1 Min Read

Ranau, 5 APRIL – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila,Datuk Haji Hazem Mubarak bin Musa menghadiri Majlis Kesyukuran Hari Raya Aidilfitri anjuran Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun di Dewan Masyarakat Ranau, pada sabtu.

Majlis berlangsung meriah dalam suasana mesra dan harmoni, dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat yang mencerminkan semangat perpaduan serta hubungan silaturahim yang kukuh dalam kalangan komuniti setempat.

Share This Article