WETROM: 38 SAH TAPIMUNGKIN BERTAMBAH

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN (9 NOVEMBER): Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) belum memuktamadkan jumlah kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Udangan Sabah ke-17 nanti.

Setakat ini, parti itu mengesahkan bertanding di 38 kerusi tetapi tidak menolak kemungkinan pertambahan akan berlaku.

Timbalan Presiden KDM, Datuk Wetrom Bahanda berkata: ” kemungkinan akan bertambah dan ini akan diumumkan pada 13 November nanti.”

Bercakap kepada media selepas majlis pelancaran KDM Zon Pantai Timur di sini hari ini, Wetrom memberitahu, KDM akan mengumumkan senarai calon untuk PRU Sabah pada tarikh tersebut.

Katanya, Elopura dan Tanjung Papat adalah kerusi terbaharu yang akan ditandingi oleh KDM.

:Setakat ini kami bertanding di 38 kerusi termasuklah Tanjung Papat dan juga Elopura,” katanya.

Tanjung Papat dan Elopura, katanya, akan ditandingi oleh Datuk Frankie Poon Ming Fung dan Liau Pui Pui.

Mengenai soalan lain, Wetrom berkata, kemungkinan besar pertambahan kerusi itu adalah di kawasan pantai timur.

Tamat

Share This Article