Sabah umum cuti tambahan Aidilfitri, tertakluk tarikh 1 Syawal

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 18 Mac — Kerajaan Sabah mengisytiharkan satu hari kelepasan am tambahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, bergantung kepada tarikh rasmi 1 Syawal yang akan diumumkan kelak.

Menurut kenyataan rasmi hari ini, tarikh cuti tambahan itu ditetapkan sama ada pada 20 Mac atau 23 Mac 2026, selaras dengan pengisytiharan Hari Raya di peringkat Persekutuan.

Berdasarkan warta khas bertarikh hari ini, Yang di-Pertua Negeri telah memperkenankan penetapan tersebut dengan menetapkan 20 Mac sebagai cuti tambahan sekiranya Aidilfitri disambut pada 21 Mac. Sebaliknya, jika Hari Raya jatuh pada 20 Mac, maka cuti tambahan akan diberikan pada 23 Mac.

Langkah itu diambil bagi memastikan rakyat di negeri ini mempunyai ruang mencukupi untuk membuat persiapan serta meraikan Aidilfitri bersama keluarga.

Sementara itu, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sebelum ini turut memaklumkan tarikh sama sebagai cadangan cuti tambahan ketika lawatan kerja beliau ke Sabah baru-baru ini.

Pengumuman berkenaan dijangka memberi kelegaan kepada orang ramai, khususnya mereka yang merancang perjalanan pulang ke kampung halaman sempena perayaan tersebut.

TAMAT

Share This Article