100 warga emas, asnaf terima sumbangan sempena Aidilfitri di Batu Sapi

sabahheadlines
1 Min Read

BATU SAPI, 18 Mac — Seramai 100 penerima dalam kalangan warga emas dan golongan asnaf menerima sumbangan bantuan dalam satu program kebajikan yang diadakan di Kampung Istimewa, di sini, sebagai persiapan menyambut Aidilfitri.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dstuk Khairul Firdaus Akbar Khan, dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Putih Nurhidayah.

Program berkenaan bertujuan membantu meringankan beban kewangan golongan memerlukan, khususnya menjelang musim perayaan yang lazimnya memerlukan perbelanjaan tambahan.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa usaha menyalurkan bantuan secara langsung kepada kumpulan sasar akan terus diperkasa bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Katanya, sumbangan bantuan yang diberikan diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh penerima dalam membuat persiapan Aidilfitri, sekali gus membawa kegembiraan kepada mereka dan keluarga.

TAMAT

Share This Article