PUTATAN, 13 Mac — Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr. Musa Aman bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga 5th Infantry Division (Malaysia) di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, hari ini.
Tun Musa yang hadir bersama isterinya, Toh Puan Faridah Tussin, manakala Hajiji diiringi isterinya, Datin Seri Panglima Datuk Juliah Salag, disambut oleh Panglima Divisyen Infantri Kelima, Shamsor Haji Jaafar sebaik tiba di lokasi majlis.
Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya; Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, selain pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia.
Majlis berkenaan menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara kepimpinan negeri dan anggota keselamatan, khususnya warga Divisyen Infantri Kelima yang berperanan dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara di Sabah.
TAMAT
