KOTA KINABALU (12 MAC): Pengerusi Kumpulan Sawit Kinabalu, Haji Hazem Mubarak Musa mengetuai lafaz ikrar bebas rasuah syarikat tersebut.
Lafaz ikrar itu disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat tersebut di sini Khamis lalu.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Sabah, Mohd Fuad Bee Basrah dan penasihat integriti kepada ketua nenteri Awang Samsul Baharam Bungso menyaksikan lafaz ikrar tersebut.
Lafaz ikrar itu memperlihatkan komotmen GLC itu terhadap budaya integriti dalam kepimpinan syarikat tersebut.
Majlis lafaz ikrar itu diadakan selepas mesyuarat pertama lembaga pengarah GLC tersebut.
TAMAT
