Kota Kinabalu, 13 Mac – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Abd Manap Abd Ruhim atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan serta Ustazah Dg Kamariah Ag Yahya atas pelantikan sebagai Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam di Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap pengalaman, komitmen serta kecemerlangan perkhidmatan yang telah ditunjukkan oleh kedua-dua individu dalam memperkasa pengurusan dan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Sabah.
Adalah diharapkan agar dengan amanah yang diberikan ini, kedua-dua Timbalan Pengarah akan terus memimpin dengan penuh integriti, kebijaksanaan dan dedikasi dalam memperkukuh kecekapan pentadbiran serta mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan jabatan demi kepentingan masyarakat dan ummah.
Semoga kedua-duanya diberikan kekuatan, kebijaksanaan serta keberkatan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Tahniah dan selamat menjalankan tugas dalam memacu kecemerlangan JHEAINS demi agama, bangsa dan negeri.
Oleh : Jalie mohamad
