Tangki air kecemasan di Sim-Sim dirosakkan

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN: Kemudahan tangki air kecemasan yang disediakan di beberapa jambatan di kawasan Sim-Sim didapati rosak dipercayai akibat perbuatan tidak bertanggungjawab.

Ahli Parlimen Vivian Wong Shir Yee berkata, tangki air berkenaan sebelum ini disediakan oleh pejabat Parlimen Sandakan bagi membantu penduduk setempat mendapatkan bekalan air terutama ketika berlaku gangguan bekalan.

Menurutnya, kemudahan itu diwujudkan sebagaik langkah sokongan kepada komuniti di kawasan berkenaan supaya mereka masih mempunyai sumber air alternatif dalam situasi kecemasan.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati keadaan tangki tersebut tidak lagi terpelihara selepas dipercayai dirosakkan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, pihaknya akan mengambil tindakan segera dengan mengalihkan tangki air berkenaan buat sementara waktu.

Beliau pada masa sama berharap orang ramai dapat memberi kerjasama dengan menjaga kemudahan awam yang disediakan demi manfaat bersama, khususnya bagi membantu penduduk yang memerlukan ketika berdepan gangguan bekalan air.

TAMAT

Share This Article