BOM LAMA DIMUSNAHKAN DI LAHAD DATU

sabahheadlines
1 Min Read

sh@ Syarmilah Salleh

LAHAD DATU, 26 Ogos – Sebutir bom lama dimusnahkan di sini hari ini.

Bom jenis Unexploded Ordnance (UXO) Aerial Bomb itu ditemui di tebing Sungai Segama, Kampung Batu 8 pada 24 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Haji Dzulbaharin Haji Ismail berkata, bom berkenaan ditemui hasil makluman orang awam sebelum siasatan lanjut mengesahkan ia adalah bom lama yang masih aktif.

Menurutnya, operasi pemusnahan telah dijalankan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dengan bantuan UPB IPD Lahad Datu serta pasukan dari beberapa daerah lain pada jam 11.33 pagi tadi.

“Pemusnahan dilakukan menggunakan kaedah Low Order dengan bantuan sistem elektrik dan bahan letupan khas. Operasi berjalan lancar tanpa sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, seramai empat pegawai dan 17 anggota lain-lain pangkat terlibat dalam operasi berkenaan.

TAMAT

Share This Article