BATU SAPI – Sebuah masjid yang sebelum ini berstruktur kayu di Kampung Lupak Meluas Darat kini berdiri megah dengan binaan konkrit yang lebih kukuh dan selesa, hasil inisiatif Ahli Parlimen Batu Sapi, YB Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan.
Naik taraf Masjid Al Hassan itu dilihat sebagai satu lagi komitmen berterusan dalam memperkasa kemudahan asas masyarakat setempat, khususnya bagi memenuhi keperluan ibadah penduduk kampung.
Penduduk meluahkan rasa syukur dan terharu apabila dapat menunaikan solat tarawih di masjid baharu yang siap sepenuhnya, sekali gus memberikan suasana lebih selesa dan kondusif sepanjang Ramadan.
Projek tersebut merupakan masjid ketiga di kawasan Parlimen berkenaan yang berjaya dinaik taraf, selepas kerja-kerja penambahbaikan dilaksanakan di Masjid Kg Gas dan Masjid Kg Tabah Baru sebelum ini.
Dalam perkembangan sama, usaha menaik taraf Masjid Kg Bambangan kini sedang dalam perancangan sebagai kesinambungan agenda pembangunan kemudahan ibadah di kawasan luar bandar.
Inisiatif berkenaan mencerminkan pendekatan berterusan wakil rakyat dalam memastikan kesejahteraan komuniti sentiasa diberi perhatian, sejajar dengan aspirasi pembangunan setempat yang lebih menyeluruh.
TAMAT
