ADUN Sungai Manila Arah Bantuan Segera kepada Mangsa Banjir

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N51 Sungai Manila, YB Haji Hazem Mubarak Tun Haji Musa mengarahkan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta Unit Pejabat ADUN agar segera turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk dan peniaga yang terjejas akibat banjir di kawasan berkenaan.

Tindakan pantas itu diambil sejurus beliau dimaklumkan mengenai kejadian banjir yang menjejaskan beberapa lokaliti, termasuk Sekolah Menengah Integrasi Tahfiz Darul Hasanah di Batu 12.

Menurutnya, kejadian tersebut bukan sahaja mengganggu rutin harian penduduk, malah turut mengakibatkan kerosakan harta benda di kawasan terlibat. Bantuan yang disalurkan diharap dapat meringankan beban mangsa sementara menunggu keadaan kembali pulih.

Beliau turut menzahirkan simpati terhadap semua yang terkesan dan memaklumkan bahawa pemantauan berterusan akan dilaksanakan bagi memastikan kebajikan rakyat di kawasan itu sentiasa diberi perhatian.

TAMAT

Share This Article