BUNG MOKTAR SAH SENARAI CALON BN SABAH PRN17.

sabahheadlines
2 Min Read

sh@ Syarmilah Salleh

KINABATANGAN (14 JULAI): Hanya calon boleh menang akan diketengahkan oleh Umno Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 nanti.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin dan turut mengesahkan senarai calon sudah pun dimuktamatkan.

Bung menegaskan setiap calon yang dipilih adalah yang diterima rakyat di kawasan masing-masing.

“Kita memilih calon yang terbaik yang rakyat terima di kawasan masing-masing.

” Saya tidak akan memilih calon walaupun kawan tetapi apabila tidak boleh deliver dan saya dengan Datuk Salleh, selaku pengarah pilihan raya juga memainkan peranan untuk kita menilai sejauh mana kemampuan calon kita ini kita letakkan untuk bertanding nanti,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan program Radu Tetap Radu di Kampung Nusa Jaya, Kinabatangan, petang semalam.

Turut hadir Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said dan Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman.

Dalam perkembangan sama, Bung turut menyatakan pendiriannya yang menyokong terhadap kenyataan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk bergerak solo pada PRN nanti.

“Kalau betul-betul sudah putus, buatlah keputusan. Bukan susah pun … yang ada parti terlibat ini banyak, PBS, STAR, PBRS, yang lain itu parti kecil-kecil itu. Rasa saya tidaklah masuk buku. Berundinglah, pergilah solo,” katanya ketika mengulas kenyataan Presiden GRS, Datuk Seri Hajiji Noor baru-baru ini sidang media selepas Konvensyen PBS-STAR .

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa BN Sabah akan tetap dengan keputusan untuk meletakkan calon yang diyakini berupaya menang dan berkhidmat kepada rakyat.

Tamat

Share This Article