Yb Datuk Alamin meninjau pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Kampung Brunei
MEMBAKUT; 17 SEPTEMBER 2025 (Rabu) – Proses pemindahan mangsa banjir di Kampung Brunei Tengah dan Kampung Ganggas dilaksanakan hari ini dengan kerjasama pelbagai agensi.
Turut diadakan ialah lawatan ke tiga buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Membakut yang disertai oleh Timbalan Pesuruhjaya Kehormat, Ahli Parlimen P.176 Kimanis, YB Datuk Mohamad bin Alamin.
Antara agensi yang terlibat dalam operasi tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan sokongan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Membakut serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Membakut.
TAMAT
