sh@ Aleeya Badriesyiah
SANDAKAN: 4 Ogos- Benarkah Datuk Bung Moktar Radin akan diganti sebagai pengerusi UMNO Sabah?
Spekulasi yang bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu akhirnya dinoktahkan sendiri oleh presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini.
“Saya tiada hasrat untuk ganti pemimpin …ia cuma satu khabar angin,” katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan pada sidang media di sini malam tadi
Dalam pada itu Zahid berkata berdasarkan analysis yang dibuat tidak akan ada parti yang dominan tanpa adanya kolaborasi dengan parti lain untuk membentuk kerajaan.
Kerana itulah, katanya UMNO mengambil keputusan untuk menjalinkan kerjasama dengan gabungan atau parti lain.
“Kita bukan sahaja telah memuktamadkan pengagihan kerusi tetapi klobrasi itu juga mengenai struktur gerak kerja dengan Pakatan Harapan,” katanya.
Beliau berkata mengenai kerjasama PH dengan parti lain “ianya adalah soal mereka.”
Menyurutnya, UMNO akan membawa panji Barisan Nasional (BN) sebagai manifestasi untuk memberi dokongan kepada ahli dan pengundi.
“Dengan mengetepikan sikap riak dan angkuh, manifesto kita tidak panjang lebar tetapi manifesto yang berpijak di bumi nyata demi kepentingan Sabah dan kemudahan asas, ” katanya lagi.
Mengenai soalan lain, Zahid berkata strategi tidak akan dikongsi “jika ia dikongsi maknanya ia bukan strategi. “
Tamat
