WARISAN TELAH JANGKA: LORETTO

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,9 JUN -: Parti Warisan telah menjangka keputusan Ahli Majlis Tertinggi meninggalkan parti itu.

Dalam satu kenyataan parti itu, setiausahanya Datuk Loretto Padua Jr berkata jangkakan itu sejak pengumuman calon pilihan raya lalu.

” Mereka perlu sedar bahawa ramai dalam kalangan pemimpin parti yang layak untuk
menjadi calon tetapi akhirnya parti hanya dapat memilih 73 orang calon sahaja,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu biasa di dalam politik.

” Pemimpin datang dan pergi cuma hanya yang benar-benar pemimpin sahaja akan berdiri bersama parti pada saat parti memerlukan,” katanya lagi.

Share This Article