JKDM SABAH TUMPASKAN SINDIKET SELUDUP BERNILAI LEBIH RM4 JUTA

sabahheadlines
1 Min Read

TAWAU, 9 JUN – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya melumpuhkan beberapa aktiviti penyeludupan melibatkan dadah, rokok tidak berkastam, minuman keras serta kenderaan dalam operasi bersepadu di Tawau, Keningau, Kota Kinabalu dan Kuala Penyu sepanjang Mei lalu.

Dalam operasi tersebut, pihak JKDM merampas dadah jenis kokain seberat 4.6 kilogram dan ganja 10.65 kilogram dengan anggaran nilai RM2.9 juta di Tawau. Turut dirampas ialah 279,400 batang rokok tidak berkastam, lebih 21,000 liter minuman keras serta beberapa kenderaan yang dipercayai digunakan bagi aktiviti berkenaan, dengan jumlah keseluruhan rampasan melebihi RM4 juta.

Pengarah Kastam Negeri Sabah, YBrs. Dr. Ahmad Taufik bin Sulaiman, berkata JKDM Sabah akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan yang merugikan hasil negara serta mengancam keselamatan awam.

Tamat

Share This Article