Timbalan Menteri MOSTI Santuni Asnaf Dalam Majlis Berbuka Puasa di Lahad Datu

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU, 2 Mac — Ramadan merupakan bulan terbaik untuk memperkukuh hubungan silaturahim serta meningkatkan amal ibadah dan kebajikan dalam kalangan masyarakat, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Mohammad Yusof Apdal.

Beliau turut mezahirkan rasa syukur kerana dapat bersama masyarakat dalam program berkenaan yang turut melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama dan Tungku.

Sebelum ini program seumpama itu di DUN Kunak.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Berbuka Puasa Ramadan 2026 bersama kira-kira 200 penduduk setempat di Masjid Firdaus, Kampung Sapagaya, di sini, petang ahad.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Assaffal @ Samsul Kamal,ADUN Segama, Mohammad Abdul Karim,Setiausaha Bahagian MOSTI, Abdul Daud dan Pengerusi Masjid Firdaus, Sulaiman Pg Hj Atok.

Sementara itu, Abdul Daud merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa masjid atas komitmen menjayakan program berkenaan yang menurutnya mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk tempatan.

Di majlis tersebut ketiga – tiga wakil rakyat ADUN Silam,Segama Tungku masing-masing menyampaikan sumbangan kepada golongan asnaf.

TAMAT

Share This Article