sh@ Syarmillah Salleh
KOTA KINABALU (11 OGOS): Tiada fakta dan bukti wujudnya campur tangan politik dalam kes Allyarhamah Zara Qairina Mahathir.
Salah seorang peguam keluarga Allyarhamah Zara Qairina, Shahlan Jufri berkata setakat ini tiada fakta atau bukti yang mengaitkan adanya campur tangan politik.
“Saya bercakap sebagai peguam …kami bercakap berdasarkan fakta dan bukti …setakat ini tiada fakta atau bukti mengaitkan campur tangan politik,” katanya ketika ditemui di luar jabatan forensik Hospital Queen Elizabeth 1 di sini malam Ahad lalu.
Shahlan yang merupakan peguam yang mengikuti dan menyaksikan bedah siasat itu berkata jika ada fakta dan bukti, mereka sendiri akan mencarinya.
“Jika ada, kami peguam akan cari dan kami tidak akan sorok sebab kami adalah mewakili keluarga …kepentingan keluarga itu penting dan jika ada kami akan bagitau.
Sebab itu, katanya, kenyataan media dari awal, ibu arwah tidak pernah kaitkan dengan politik …jika ada mungkin orang lain,” katanya lagi.
Menurutnya atas sebab itu pihaknya meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk memaklumkan kepada mereka.
Beliau berkata setakat pihaknya tidak meberima sebarang bukti mengenai penglibatan politik dalam perkara itu.
Tamat
