PENAMPANG (10 JULAI): Majlis Perbandaran Penampang (MPP) diminta tidak mengabaikan keselesaan pengguna.
Seorang pengguna, Muhammad Irfan Arif berkata dalam memfokuskan untuk meningkatkan pendapatan, keselesaan pengguna wajar diutamakan.
“MPP mungkin bercadang mengena parking berbayar di kawasan kedai di Cyber City tetapi keselesaan pengguna kenderaan harus tidak dipandang sebelah mata,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata keselesaan pengguna kenderaan terlihat apabila MPP hanya mengecatkan garisan setiap tempat letak kereta di kawasan kedai tetapi tidak kisah terhadap garisan pemisah lorong kenderaan.
“Garisan tempat letak kereta sudah lama dilakukan tetapi tiada tanda MPP mahu membaiki atau menerangkan semula garisan pemisah lorong kenderaan.
“Ketiadaan garisan pemisah lorong itulah antara punca kesesakan di kawasan kedai disebabkan ada segelintir pengguna kenderaan meletak kenderaan sesuka hati,” katanya.
Irfan berkata MPP sepatutnya memikirkan perkara itu sebelum memulakan operasi mengenakan bayaran tempat letak kereta di kawasan itu.
“Jangan hanya fikirkan untuk tambah kutipan tetapi mengabaikan soal keselesaan pengguna,” katanya lagi.
Tamat
