SANDAKAN, 8 Ogos 2025 – Ahli Parlimen P186 Sandakan, YB Vivian Wong Shir Yee bersama Tang Szu Ching, Penyelaras Parlimen P186 Sandakan, serta Ahli Jawatankuasa Solidariti untuk Zara Qairina, telah hadir pada himpunan solidariti yang berlangsung pada malam di perkarangan Harbour Mall Sandakan baru baru ni
Kehadiran YB Vivian Wong Shir Yee, walaupun berasal daripada kaum Cina, mencerminkan bahawa isu ini melangkaui batas kaum dan agama. Ia adalah perjuangan bersama demi kemanusiaan, keadilan, dan kebenaran.
Anak kecil ini, Zara Qairina, telah pergi terlalu awal, meninggalkan seribu persoalan yang perlu dijawab. Kami menuntut keadilan. Kami menuntut kebenaran. Tiada nyawa harus terkorban dalam diam dan tanpa pembelaan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Sandakan yang telah turun menyatakan sokongan, membuktikan makna sebenar solidariti dalam perjuangan Justice For Zara. Kehadiran anda menjadi bukti bahawa suara rakyat tidak akan pernah dipadam, dan keadilan mesti ditegakkan.
Justice For Zara Solidariti Untuk Zara
Tamat
